Sale!

Madu yaman premium (250gram – 500gram)

(1 customer review)

RM50.00RM100.00

Berat (kg): 250gram – 500gram
Ukuran (cm):
6.5×6.5×8 (250gram)
6.5×6.5×12 (500gram)

Nota: Madu Yaman kelas premium ini telah popular dikalangan penggemar madu asli dari yaman sejak dari tahun 2013 menjadi asas utama pengamal pengubatan Islam Syeikh Syed Iqbal Albinanji.

Clear
SKU: N/A Category:

Kelebihan makanan semula jadi ini memang diperakui bukan sahaja mengenyangkan dan menyihatkan tubuh badan, malah mampu menyembuh pelbagai penyakit.

Bagaimanapun, terdapat satu madu lebah yang dikatakan mempunyai keistimewaannya tersendiri iaitu memiliki kekuatan lima kali ganda daripada madu lebah ternak biasa kerana ia mampu membunuh bakteria.

Lazimnya, lebah daripada satu-satu sarang akan melakukan 37,000 perjalanan untuk menghasilkan setengah kilogram madu. Tetapi, lebah yang menghisap nektar (madu) daripada bunga sidr akan mati selepas hanya tiga kali perjalanan.

KELEBIHANmadu turut diceritakan dalam al-Quran.

“Penjaga lebah memastikan ketulenan madu dan sanggup membiarkan lebah mati daripada memberinya minum air gula.

“Proses penuaian dilakukan dengan cara bersih dan moden, terutama madu Sidr dikutip setahun sekali pada November selepas musim hujan, manakala madu dari pokok Summur dan Marai dituai dua kali setahun,” katanya.

Beliau yang juga pengimport madu dari Yaman, berkata dari segi agama pula, kelebihan lebah disebut secara terperinci dalam al-Quran menerusi Surah an-Nahl yang bermaksud lebah. Dalam surah berkenaan, Allah memberi petunjuk dan panduan dalam ikhtiar manusia mencari jalan penyelesaian terutama yang membabitkan kesihatan.

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu di tempat yang diperbuat manusia.

“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi or

ang-orang yang berfikir.” (Surah an-Nahl, ayat 68 hingga 69)

Bukan itu saja, madu adalah antara makanan kegemaran Rasulullah. Perkara ini diakui isteri Baginda, Aisyah seperti yang diriwayatkannya bahawa “Rasulullah SAW menyukai makanan yang manis dan madu.” (Shahih al-Bukhari)

Daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah bersabda “Penyembuhan terdapat pada tiga hal, (yakni) berbekam, minum madu atau kayy (pengubatan dengan menempelkan besi yang dibakar). Namun aku melarang umatku untuk melakukan kayy.”

DALIL DALAM IKHTIAR RAWATAN

Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan bahawa seorang lelaki datang menemui Rasulullah, beliau berkata “Sesungguhnya saudaraku sakit perut,” Rasulullah bersabda, “Minumkanlah madu kepadanya”.

Lelaki itu pulang dan melakukan apa yang disarankan Rasulullah. Tidak lama kemudian, lelaki itu datang semula dan berkata “wahai Rasulullah! aku telah memberikan saudaraku minum madu, namun tidak berhasil melainkan bertambah parah.

Maka Rasulullah bersabda “Apa yang dikatakan Allah itu benar, sedangkan perut saudaramu yang telah berdusta. Pergilah dan berikannya minum madu.” Lelaki itu pulang dan selepas memberikan saudaranya madu, saudaranya sembuh. (Kitab Shahih Tafsir Ibnu Katsir)

Hadis di atas menunjukkan kita perlu berikhtiar untuk mencari jalan merawat penyakit tetapi berusaha untuk mengubatinya dan bertawakal kepada Allah SWT.

INFO TAMBAHAN

INFO RAWATAN

Lemah tenaga batin
– Tiga kurma dimakan dengan madu dua jam sebelum tidur. Lakukan selalu

Sakit mata
– Satu sudu besar biji Habbatusauda ditumbuk lumat, tiga sudu besar madu dan sedikit air panas. Dikacau dan diminum

Batuk 100 hari atau kokol
– Beberapa lobak putih kering ditumbuk lumat sehingga menjadi serbuk, masukkan dalam segelas air panas dan dicampur satu sudu besar madu sebelum dikacau dan diminum. Lakukan tiga kali sehari.

Sakit kepala
– Tujuh biji Habatusauda dimakan setiap pagi bersama satu sudu madu

Benjol di kepala
– Biji delima ditumbuk halus dan dicampur sedikit madu. Letakkan pada tempat benjol.

Panas badan
– Perah beberapa biji limau nipis dan manis. Campurkan dengan satu sudu madu dan minum.

– Sumber rujukan:
BERITA HARIAN

Weight N/A
Dimensions N/A
Berat bersih

250 g, 500 g

1 review for Madu yaman premium (250gram – 500gram)

  1. Iqmal Harith

    Good product and fast delivery,nice service!

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *