Siri Pencerahan 1 – Rahmatan Lil Alamin

(1 customer review)

RM10.00

Pengarang: ISMAIL MINA AHMAD
Penyunting: NIK FARIH IHSAN

Cetakan: JANUARI 2018

Terbitan: PERTUBUHAN  MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA
Halaman: 51 muka surat

Availability: In stock

SKU: 978-967-10988-7-5 Category:

Perlu diberi suatu nota penting, bahawa, orang-orang bukan Islām akan mendapat Raḥmat di dunia ini, seperti yang dihurai oleh para Mufassirīn itu. Syarat utamanya ialah jika mereka turut patuh dan menghayati niẓām atau peraturan-peraturan Islām yang dikenakan kepada mereka oleh dekri atau decree negara. Ini bukan bermakna mereka dipaksa memeluk Agama Islām kerana ajaran Islām melarang berbuat demikian. Akan tetapi sebagai menyangkut Maqāṣid Syara‘ dalam prinsip Memelihara Keselamatan Masyarakat dan Keselamatan Negara, mereka sewajarnya menerima peraturan-peraturan ‘am negara. Selama ini pun, mereka bukan mengikut peraturan agama mereka tetapi mengikut peraturan yang dicipta oleh manusia dalam bentuk ideologi dan sistem Sekular. Akan tetapi dalam wacana kaum Sekular-Liberal zaman sekarang, mereka tidak menekankan kewajipan orang bukan Islām mematuhi peraturan Islām dalam wilayah yang mereka duduki, tetapi memfitnah dan menuduh serta menyalahkan orang Islām kerana dikatakan tidak meraikan dan menghormati mereka yang bukan Islām itu. …

Seseorang yang tidak menjumpai dirinya yang sebenar seperti yang dihurai dalam epistemologi Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah, bermakna ia tidak mendapat Raḥmat Allāh. Ini adalah kerana dengan mengenali akan dirinya yang sebenar mengikut ontologi dan epistemologi Ahlu al-Sunnah wa al-Jamā‘ah, maka ia akan dapat pula mengenali akan Rabbnya. Mengenali akan Rabbnya adalah suatu Raḥmat besar. Ramai manusia tidak dapat menjumpai dirinya yang sebenar, justeru ia dikatakan oleh al-Qur’ān sebagai binatang bahkan lebih sesat lagi. Mereka tidak mendapat Raḥmat, malah mendapat petaka. Menjumpai diri adalah suatu Raḥmat Kedamaian dan Kebahagiaan dalaman atau Rūḥāniyyah dan ‘menjumpai‘ Allāh adalah suatu Kebahagiaan yang lebih tinggi pula…

 

Weight 0.094 kg
Dimensions 0.3 × 14.8 × 20.7 cm

1 review for Siri Pencerahan 1 – Rahmatan Lil Alamin

  1. Dr Abdul Manaf IIUM, Gombak

    Memahami situasi semasa dengan mudah

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…