Dan ketahuilah, orang yang ber‘Aqal [berfikir] ialah orang yang menta‘ati Allāh, walaupun kelihatan bentuknya buruk, kedudukannya rendah dan pakaiannya tidak sempurna. Ada pun orang yang Jāhil ialah yang mendurhakai Allāh Ta‘ālā, walaupun kelihatan cantik, kedudukannya tinggi, pakaiannya mulia-ranggi, perawakannya baik dan percakapannya fasih, namun kera dan babi-babi, lebih ber‘Aqal di sisi Allāh Ta‘ālā dari orang yang durhaka kepada-Nya. Janganlah terpedaya oleh sanjungan ahli dunia kepada anda, kerana sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang yang rugi. Menurut Ustāz ‘Uthmān el-Muḥammady, seorang ‘Ulamā’-intelektual tersohor Nusantara, “apa yang dipanggil ‘aqal hari ini sebenarnya permainan kera…yaitu fikiran manusia bermain-main dengan konsep-konsep, baik konsep yang kudus atau yang bukan, tanpa merealisasi hakikat konsep-konsep itu atau tanpa menerbus hakikat-hakikatnya …” |
Siri Pencerahan 2 – Weltanschauung ‘Aqal
RM20.00
Penulis: Ismial Mina Ahmad Penyunting: NIK FARIH IHSAN Cetakan: JANUARI 2018 |
Availability: In stock
Weight | 0.216 kg |
---|---|
Dimensions | 0.8 × 14.7 × 20.8 cm |
Dr Masyitah UPM, Serdang, Selangor –
Mengenali sosok tubuh pemimpin umat ini dari Yayasan Anda lagi, insyAllah sangat membantu umat Islam di Malaysia ini dengan kupasan-kupasan yang menarik dan padat.